Sunday, May 18, 2014

Adakah Saya Sudah Bersedia?

                                                                  بسم اللہ الرحمن الرحیم

Assalamualaikum w.b.t. kepada pembaca sekalian. Sekarang sudah menjelang tarikh 17hb Mei 2014, bermakna Nea masih ada 2 minggu untuk menghabiskan masa di semenanjung sebelum terbang ke Sarawak. Okey! Kenapa Sarawak? Mari sini, biar Nea cerita..

Alkisah tersebutlah kisah pada tanggal 10hb Mei 2014, keputusan yang dinanti-nantikan para lepasan SPM sudah keluar memberi harapan kepada si penunggu yang setia  | Cehwah..! Ayyyaaattt... Kalah sasterawan.. Hahahah..|  Keputusan tersebut ialah...  | Sila bunyikan drum anda! Dddrrrrruuuummmmm... |  keputusan kemasukan ke IPTA dan Politeknik.. Yeahhhh....!!!  | Berdiri sambil tepuk tangan sehingga lupa diri.. |  So, tertanya apa yang Nea dapat? Hahaha... Cuba try test teka... Anyway, sebelum keputusan yang sebenar didedahkan, ini adalah antara program yang Nea pilih..


Sebenarnya, pilihan ni dibuat dengan penuh perasaan berharap. Sebab, kemungkinan besar Nea akan dapat program lain sebab kebanyakan program yang Nea pilih ni macam tak bersesuaian dengan keputusan yang Nea dapat. Kalau diperhatikan, kebanyakan program yang Nea pilih ialah Asasi Sains Hayat/Sains. Kenapa program ni jadi pilihan? Sebab, cita-cita untuk menjadi seorang doktor telah tersemat dalam hati sedari kecil. Jadi, Nea pilihlah program yang berkaitan dengan kerjaya tersebut. So, dah teka program apa yang Nea dapat? Kalau belum, tak apa, Nea memang nak bagitahu dah pun..


Jadi, macam mana? Okey? Hahaha... waktu pertama kali tahu keputusan UPU ni, Nea terkejut..  | terkejut gila sampai boleh nangis penuh satu baldi.. tapi Nea tak nangis okey.. sedih adalah..|  Kenapa sedih? Okey, sebenarnya Nea dan Mama dah merancang untuk menghantar Nea ke Mesir untuk mengambil ijzah tahun pertama perubatan.. Memang Nea dah excited gila.. Dan dah jatuh cinta dengan Tanta.. Segalanya sudah disediakan, passport, dokumen dan borang pun sudah diserahkan, tinggal nak attend Premedic jer dalam bulan Jun ni..


Kenapa Mesir? Okey.. Seperti yang Nea sudah coretkan sebelum ini, Nea bukanlah seorang pelajar yang tersangat cemerlang dan kemungkinan besar kurang layak untuk menjalani Program Asasi di IPTA. Oleh itu, sebagai langkah berjaga-jaga dan persediaan awal,  | Jika tetiba keputusan UPU tidak berpihak kepada empunya diri..|  Mama dah daftarkan saya untuk pergi ke Mesir dan boleh terus menjadi pelajar tahun satu perubatan. Tapi, bila dapat program Asasi Sains Hayat di UNIMAS ni, agak-agak macam mana Nea pilih yang mana berkenan di hati? Nea telah terima bermacam-macam jenis pendapat dan ada juga pendapat yang agak menyakitkan hati. Meluruhkan semangat yang membakar dan memandang rendah kebolehan UNIMAS. Banyak kelebihan berada di pihak UNIMAS, antaranya ialah Mama tidak perlu membayar apa-apa yuran kemasukan, back-to-basic, tidak jauh dan masih di dalam negara Malaysia  | cuma over the sea jer.. hohoho |  dan insyaAllah, negara Malaysia akan kekal sebagai negara yang aman dan harmoni.. manakala, pergi ke Mesir memerlukan banyak kos, dan kemungkinan besar Nea akan dihantar pulang ke Malaysia kembali jika keadaan di sana tidak aman. Nea tak kisah kalau dihantar pulang, tetapi Nea akan rugi masa dan juga perlu merempat mencari IPTA dia Malaysia nanti.. Jadi, dengan hati yang tenang tanpa dipengaruhi oleh pandangan sesiapa, Nea dengan relanya memilih UNIMAS sebagai tempat bertapa untuk menuntut ilmu..  | Okey! Ayat macam nak duduk berdekad-dekad jer kat sana.. Hahahah

So, lepas dah terima tawaran ke UNIMAS, bermulalah sekali lagi kerja-kerja yang perlu diselesaikan.. Kena isi borang kolej kediaman lah, borang perjanjian biasiswa lah, borang butiran pelajar lah dan berbagai-bagai borang lagi..  | HAH! This is what we called starting over.. |  Sekarang Nea boleh menarik lafaz lega. Why? Sebab semua yang disuruh sudah siap dibuat.. termasuklah akaun RHB dan Dokumen Perjalanan Terhad (DPT).. Hmmmm...  | Nak bebel apa lagi erk? Tu jer lah kot.. Hahahah.. |

Okey.. Back to the title, 'Adakah Saya Sudah Bersedia?'.. Yess! InsyaAllah, I'm ready! Semoga penghuni Kolej Seroja, Kampus Timur, UNIMAS 2014/2015 akan menyambut Nea dengan baik.. Kalau ada salah silap nanti, tegurlah yer..  | HOH! Takut ni nak jumpa orang-orang baru..

Okeylah.. Rasanya sampai sini sahaja coretan Nea.. InsyaAllah, jika ada masa nanti, Nea akan update pasal kehidupan di UNIMAS okey!

Sekian, terima kasih!
Assalamualaikum  ^_^