Saturday, February 22, 2014

Dimulakan Dengan Bismillah

Assalamualaikum semua.

Hmmm.. Dah berhabuk blog ni. Tak updated post. Haish.. Memang sekarang ni agak sibuk. Sibuk dengan study | itu last year punya ceritalah! | Sekarang, sibuk dengan kerja. Ni, bila dah ada laptop sendiri, barulah teringat akan blog ni.

Nak story apa erk? Hahaha.. | AWKWARD | Hohoho.. Serious! Dah lama tak tulis blog kot. Bila start tulis ni rasa janggal lah pulak. Okey! Let's start the story. Nowadays, Nea dh habis belajar memandu and dah JPJ test pun. Alhamdulillah, LULUS kot.. Cuaknya waktu nak ujian, mengalahkan cuak waktu nak buat SPM. Serious! Tak tipu. | angkat tangan sambil bulatkan mata | Entah macam manalah orang lain boleh tak takut langsung.. Ish..ish..ish.. Tak paham | gelengan kepala tanpa henti |

Alhamdulillah. Dengan rezeki kurniaan Allah, Nea dapat kereta free punya. Especially from my beloved Mama.Warna kuning meyh! So, gorgeous. Lepas tu, dapat pulak laptop | lappy ku diusap, sayang benor ate dengan kome ni | Jangan nak jealous erk. I can see the jealousy in your eyes.. Ceh!! Speaking lah pulok! Sorry sorry. Mama Nea bukanlah kaya sangat, takdernya nak berhabiskan duit beribu-ribu.. Apa kome ingat mak ate ni bank ker? Main half-half gitulah.. 50-50 | mata dikenyit-kenyit | Guna gaji Nea separuh. Lagi pun, okey per buat camtu.. Tak adalah selalu mengharap jer kan. Kalau nak sesuatu, kenalah usaha sendiri. Mak dengan ayah tu bukannya tukang bank kita. Sikit-sikit nak minta duit. Bila parents tak bagi, muncung panjang mengalahkan hidung Pinocchio waktu menipu. | Okay Nea! Done with the nagging, nanti orang meluat *dengan hidung dikepit, suara sengau ku terserlah* |

 



Sekarang, Nea dah tak macam dulu | betul ker erk? mengikut kata hati ni, macam tulah gayanya. kalau ada salah dan silap, sila tegur yer | Nea dah tak peduli kata orang yang selalu menuding jari. Yang selalu komen yang tak berapa sedap didengar malah dirasa, please back off. Bukannya Nea tak boleh menerima pendapat orng lain, cuma maksud Nea disini, everyone would never meet perfection. Semua orang ada kurangnya. Please, please lah.. Nasihat ni bukannya untuk kalian sahaja, malah untuk empunya yang sedang menasihati, tolong jangan pandang remeh dekat orang lain dan merasakan anda yang terbaik. Everyone are perfect as what they are. There is no real definition about perfection. Maksudnya, tak semestinya orang kaya tu perfect, orang miskin pun boleh perfect apa.. Betul tak? Kesimpulannya, perfection ni boleh diungkap kepada perkara positif mahupun negatif ; perfect robber, perfect doctor, perfect liar........ Okey. Cuma kita yang tahu apa yang kita mampu buat, itu pun sudah cukup perfect. Tiada siapa boleh cakap yang, "Weyh, muka kau banyak jerawatlah. Tak cantik!", "Serious kau gemuk kot. Tak sesuai dengan baju tu." and macam-macam lagi. Please stay confident . Jangan pernah menjadi seperti Nea yang dulu, sering menunduk apabila ada yang mengkritik rupa yang tidak beberapa menarik ni.

HUH! Dah teremo lah pulak.. Okeylah. Sampai sini jer kot bebelan ku yg tak seberapa ni.

Seindah senyuman tidak semestinya menceritakan kegembiraan.

Assalamualaikum.