Sunday, October 7, 2012

Hang with Family at Tiara..

Assalamualaikum silent reader..

So, hari ni Nea nak share story and gambar vacation Nea pada minggu lepas.. So sorry sbb lambat update, coz diri ini agak malas nak bukak laptop.. biasalah, sekarang semua online pakai handphone kan, kan, kan?? \termasuk Nea skali.. heheheh../ **For your information, sebenarnya ni bukan percutian tapi lebih kepada balik kampung.. Cuma yg bezanya kami sekeluarga tinggal di rumah sendiri..

Okay, skrg jomlah kita mencuci mata melihat gambar yang Nea ambik.. Semua gambar ini bukannya dirakam menggunakan DSLR atau Canon EOS, tapi hanya menggunakan gadget kesayangan Nea iaitu Sony Ericsson Xperia Arc S..



Yang tembam lagi chubby berbaju kuning itu ialah Haziq Hazrique Danial bin Md Zait. Dia ialah adik Nea yg  ketiga. Yang baju merah tu pulak ialah Haziq Hakimi bin Md Zait. Dia pulak abang kepada Hazrique iaitu adik Nea yang kedua.



 
Ni adik Nea dan adik sepupu Nea, merangkap bestfriend Nea.. Yang baju hitam tu ialah adik saya yang pertama, Syaza Nabilah binti Md Zait , manakala yg brtudung biru tu pulak ialah Nor Syahira binti Abd Whid .

Yang tengah tengah tu mesti kenal punyalah.. Betul tak??



"Pada zaman dahulu, terdapat tiga orang gadis. Seorang gemar menutup mata, yang seorang lagi gemar menutup telinga.. Mereka mempunyai kakak yang gemar menunjukkan matanya yang cantik sahaja *sila muntah*.. bla..bla..bla....."




Muka annoying kami..

*suara gedik*"Hai dan Assalamualaikum.. Nama saya Nihayatul Amirah binti Md Zait a.k.a. minah comel.. bla..bla..bla....." \hahaha.. jangan amik hati sangat erk../






I


LOVE


YOU





















Okey ini bilik kami.. Cantikkan sticker tu? Biasalah.. Nea yang tampalkan.. Ahakkss*gelak gedik*


I'm stretching.. Yes I Am..


Kolam ku , syurga ku.. 
Cehwahh..

Hidung saya tinggi, hidung awak??
Motif ; janganlah menjadi seseorang yang berhidung tinggi..




Okey ini memang pelik.. Gambar saya memang pelik..


Visit pantai..


Sekarang, tontonlah video merapu kami..




Assalamualaikum

Thursday, September 27, 2012

BELATED REWARD

Assalamualaikum Silent Reader,
Huwaaarghhh, penat-penat. Penat makan, penat jalan, penat cakap, penat macam2 lah.. dari tadi makan tak berhenti, rasa macam nak meletup je perut ni.. Sebelum nak start cerita, Nea nak berterima kasih kepada Puan Zarina dan Encik Taufiq kerana telah melengkapkan ruang kosong dalam hati perut ni.. heheheh.. memang kenyang giler lah.. Alhamdulillah.. tak lupa jugak dekat orang tu yang belanja air teh bunga dengan Ho..Ho..Ho..Horlicks Ice.. mmg sedap, tak tipu..

Okey ceritanya camni, dari sebelum rehat tak masuk kelas, cuma sempat belajar AddMaths jer.. Bila waktu PJPK terus keluar utk tolong Puan Zarina.. Waktu Bahasa Inggeris mmg skip habis.. \sorry yer Puan Siti Aishah sbb tak masuk kelas.../ Lepas tu, waktu rehat kami pelajar perempuan Tingkatan 4 SMK SuBest dengan gembiranya menjamu selera.. Ader Kuey Teow Goreng, Seri Muka, Kuih Lapis, Air Soya special dari Abang Soya depan sekolah dan special dessert, Cendol.. \Okey, pelajar lelaki SuBest, silalah jealous yer../ 

Now, nak cerita yang bersesuaian dengan tajuk BELATED REWARD! Memang lambat pun.. janji sebelum puasa tapi hari ni baru dapat.. but whatever it is, terima kasih cikgu.. Pizza Hut tu agak tak mencukupi, tapi Alhamdulillah kenyang gak lah.. pelajar SuBest yang terserempak kami ketika kami makan pizza tu, jangan jealous yer.. nak buat camner kan, dah rezeki.. heheheh.. yang berebut pizza tu memang kelakarlah kan.. tak apa, tak apa, as long korang bahagia erk.. 

Anyway, Nea rasa laporan utk hari ni dah mncukupi.. 
so, Bye Bye and
ASSALAMUALAIKUM.

Tuesday, September 25, 2012

Mega SuBest 2012 - Makan Beradab Guru2 Yang Baru Bernikah

Peace from Lim Ker Wei..

Assalamualaikum w.b.t.

Hari ni dah masuk 3 entri yg Nea post.. Okey, yang ni pulak gambar sambungan dari entri Raya In Subest - Makna Aidilfitri Bagi Kami .. Sesiapa yang tak jenguk lagi entri tu boleh klik link yg diberi..
Kali ni Nea menampilkan gambar Mega Subest dimana pasangan guru-guru di SuBest yang baru sahaja diijab kabulkan akan diiring utk makan beradab.. Memang best, sebab majlis ini diadakan julung-julung kalinya.. Saya, Nihayatul Amirah Md Zait, Sakinah Aishah, Lim Ker Wei, Nik Ahmad Syafiq , Hasan dan beberapa gadis-gadis penyibuk \heheheh. sorry yer kawan./ menjadi pengiring merangkap penyambut tetamu kepada VVIP jemputan pihak pentadbiran SuBest. 

Empat pasangan pengantin berserta pasukan kompang sekolah berarak dari bahagian hadapan blok pentadbiran ke dalam Dewan SuBest. Kami disajikan dengan nasi beriani bersama beberapa makanan sampingan seperti cendol dan sate \sedapkan../. Sewaktu kami menjamu selera, kami ditatapkan dengan persembahan slideshow gambar-gambar pengantin yang seperti pinang dibelah-belah \hihihi.. tak mengaku murid cikgu BM aq nanti/.. Siap ader guru yang menggunakan kereta Ferrari lagi sebagai kereta pengantin \gempak kan?/.

Okey, Nea dh penat menulis.. Mari kita menjamu mata kita dengan gambar-gambar sewaktu majlis diadakan..






Guru kelas kami, Nebulianzz.. Puan Suryana binti Kamal Ruddin


Makan jangan tak makan..

Kami semua ialah kaum kerabat 4 Nebula..


Guru-guru SuBest sesi pagi + sesi petang..

Okay rasanya sampai sini sahaja yang Nea nak tunjukkan.. Harap semuanya baik dimata pembaca Nea..
Assalamualaikum daripada Nea..