Friday, December 23, 2011

...Thanks Mama, Thanks Papa...

Heheheheh.. tengah seronok ni.. Semalam mama n papa belikan handphone baru.. Cantiiiiiikkkkkk sangat!!!

Sebenarnya, aku tak teringat pun pasal hadiah PMR tapi thanks to my friend Fatin Noorsyafiqah. Sebab apa? Sebab dialah yang mengingatkan aku pasal hadiah PMR. Aten kata dia boleh mintak hadiah dari ibu bapa dia sebab dia pun dapat straight As, maksudnya impian aku untuk memiliki handphone baru pun akan tercapailah kan? Hahahah..

Mula-mula nak Samsung Galaxy Note, tapi mahal sangat, jadi mama suruh pilih handphone lain.. So, aku pun pilihlah Sony Ericsson Xperia Ray, tapi papa pulak kata tak okey sangat.. and then papa suruh pilih Sony Ericsson Xperia Arc S, tapi lebih dari RM 1000, padahal bajet yang mama aku bagi ialah bawah RM1000.. Papa aku kata takper, alang kepalang baik beli yang newest terus.. aku okey jer, sebab Xperia Arc S ni function dia lebih kurang macam Samsung Galaxy SII.. Bila dah berunding harga dengan tauke kedai, akhirnya dapat juga aku memiliki handphone ni..

Aku rasa macam aku ni bangga sangat.. Tapi apa salahnya, sebab semua ni aku dapat bukan tanpa sebab tapi setimpal dengan usaha aku selama ini...
-Alhamdulillah-

Wednesday, December 21, 2011

ALHAMDULILLAH

~Alhamdulillah~

Akhirnya aku berjaya jugak mendapat 8A... Tak sangka kot.. Aku, Fasihah and Aten target 6A jer.. 16 orang yang dapat 8A.. Jadi aku tak mengharap sangat untuk dapat 8A.. Waktu cikgu umumkan nama murid yang dapat 8A, aku dah cuak gila. Lagi-lagi bila Fasihah and Aten dah diumumkan sebagai murid yang mendapat 8A, aku pun aper lagi, menangislah.. Waktu cikgu nak umumkan lagi nama, cikgu kata yang nama kali ni perempuan, dalam fikiran aku terus teringatkan Min. Rupa-rupanya aku.. Hehehehhh..

Anyway, CONGRATULATION to all my friends..



Monday, December 12, 2011

HangOut...

..Assalamualaikum..
Hye, bloggers and readers. Dah lama saya tak story pasal diri saya. Semalam, pada tarikh 12 Disember 2011, saya telah menonton wayang dengan friends saya. Maklumlah, dah lama tak tengok wayang, so macam jakun sikit. Saya tengok cerita 'Twilight Breaking Dawn Part 1'. Best jugaklah, cuma, biasalah cerita orang putih, mesti banyak aksi yang tak patutnya ditonton oleh remaja dan kanak-kanak macam saya ni. Tapi apa-apa pun cerita tu memang DAEBAK.

Okey. Dah penat meredah Selayang tengahari tu, aku dengan family aku pergi shopping alat tulis kat Plaza Alam Sentral, Shah Alam. Kasut sekolah pun dah beli, sekarang tinggal beg sekolah jer..

Okeylah, sampai sini jelah saya merepek.
..Bye-Bye..

Monday, December 5, 2011

A Crazy Little Thing Called... Love!!!

Semalam aku tengok satu cerita cinta yang paling best. Tajuk ceritanya ialah 'A CRAZY LITTLE THING CALLED LOVE' atau 'FIRST LOVE'.
Ceritanya memang best sebab ia berlaku pada zaman persekolahan. Jadi ia sesuai untuk ditonton oleh remaja.

Sinopsis :
Nam ialah seorang gadis yang berumur 14 tahun. Nam yang mempunyai wajah yang tidak beberapa cantik, tidak mempunyai bakat dan pelajaran yang sederhana menyimpan perasaan terhadap senior yang popular di sekolahnya yang bernama Shone. Macam-macam yang dilakukan oleh Nam agar Shone menyedari kewujudannya. Nam berusaha mengubahkan dirinya daripada seorang yang tidak cantik dan tidak popular kepada seorang seorang jelitawan yang disukai semua. Nam juga mengasah bakatnya untuk mengambil perhatian Shone, tetapi adakah Shone sedar akan cinta Nam yang disemai selama 2 tahun? Adakah Nam berjaya mendapat cinta Shone yang menjadi pujaan ramai? Kalau nak tahu dengan lebih lanjut, wajib anda membeli DVD nya di kedai-kedai video berdekatan.