Tuesday, September 25, 2012

Mega SuBest 2012 - Makan Beradab Guru2 Yang Baru Bernikah

Peace from Lim Ker Wei..

Assalamualaikum w.b.t.

Hari ni dah masuk 3 entri yg Nea post.. Okey, yang ni pulak gambar sambungan dari entri Raya In Subest - Makna Aidilfitri Bagi Kami .. Sesiapa yang tak jenguk lagi entri tu boleh klik link yg diberi..
Kali ni Nea menampilkan gambar Mega Subest dimana pasangan guru-guru di SuBest yang baru sahaja diijab kabulkan akan diiring utk makan beradab.. Memang best, sebab majlis ini diadakan julung-julung kalinya.. Saya, Nihayatul Amirah Md Zait, Sakinah Aishah, Lim Ker Wei, Nik Ahmad Syafiq , Hasan dan beberapa gadis-gadis penyibuk \heheheh. sorry yer kawan./ menjadi pengiring merangkap penyambut tetamu kepada VVIP jemputan pihak pentadbiran SuBest. 

Empat pasangan pengantin berserta pasukan kompang sekolah berarak dari bahagian hadapan blok pentadbiran ke dalam Dewan SuBest. Kami disajikan dengan nasi beriani bersama beberapa makanan sampingan seperti cendol dan sate \sedapkan../. Sewaktu kami menjamu selera, kami ditatapkan dengan persembahan slideshow gambar-gambar pengantin yang seperti pinang dibelah-belah \hihihi.. tak mengaku murid cikgu BM aq nanti/.. Siap ader guru yang menggunakan kereta Ferrari lagi sebagai kereta pengantin \gempak kan?/.

Okey, Nea dh penat menulis.. Mari kita menjamu mata kita dengan gambar-gambar sewaktu majlis diadakan..






Guru kelas kami, Nebulianzz.. Puan Suryana binti Kamal Ruddin


Makan jangan tak makan..

Kami semua ialah kaum kerabat 4 Nebula..


Guru-guru SuBest sesi pagi + sesi petang..

Okay rasanya sampai sini sahaja yang Nea nak tunjukkan.. Harap semuanya baik dimata pembaca Nea..
Assalamualaikum daripada Nea..

No comments:

Post a Comment